BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 22, 2011

Tragedi Rumah Anak Yatim Tertimbus di Ulu Langat


Berita yang amat sedih dan memilukan, tragedi rumah anak yatim tertimbus di Ulu Langat, terbaca tadi di Berita Harian. Kejadian tanah runtuh ni berlaku petang tadi, kira kira jam 2.30 petang. Seramai 25 orang penghuni sedang bersiap siap untuk menerima  ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah hari dan beramah mesra dengan anak yatim.
Ketika kejadian, 25 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu. Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki. 
Seramai 16 nyawa terkorban dalam kejadian tanah runtuh di rumah Anak-anak Yatim Ai-Taqwa, Hulu Langat, Selangor. Sila lihat senarai nama di bawah:
Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.
“Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.
“Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya,” katanya.
Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.
Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.
Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat, berkata sehingga 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.
Berita dari Selangor Kini:
Dua mayat kanak-kanak penghuni rumah anak yatim sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis sebentar tadi.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan bilangan penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.

Tuesday, May 17, 2011

tlong baca wahai shbt~~~

Cuba baca... Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)


Renungkanlah :)



Monday, May 16, 2011

xsabar nak tgok cite ney..hehe :)

walaupun xkuar ag, aku nak bace sinopsis dye dulu.. huhu 
layan ~

Sinopsis Nur Kasih The Movie :

Dugaan dan ranjau yang dilalui oleh Adam tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur kemungkinan akan meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka berdua.

Manakala Aidil pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas(7) (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam(5) (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia meninggal dunia.

Gambar Pelakon Nur Kasih The Movie :





sama2 lah kite tgok cite ney pd 19 haribulan ney. huhu :)


Dugaan Bertunang

Kerap benar kita mendengar cerita mengenai dugaan bertunangkan? saya belum bertunang tapi akan bertunang.. Benarkah bila bertunang banyak dugaan.. Rasanya ya.. hehe bukan apa sejak nak bertunang ni emosi lain sikit, apa lagi bagi perempuan ;p.
Dari pembacaan saya antara penyebab banyak dugaan ni, sebab syaitan ingin merosakkan pertunangan kita, supaya kita tidak mendekati jalan ibadah kepada Allah. Oleh itu, syaitan sering menghasut dan mengoda agar hubungan itu rosak dan putus.

Antara lain dugaan yang akan berlaku dalam bertunang.
  1. Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sehingga pergaduhan terjadi.
  2. Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian.
  3. Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. Duit ntah dibelanja ke mana.
  4. Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala.
  5. Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbul setelah anda bertunang.
  6. Jika dulu tunang anda seorang yang tidak kuat merajuk, tiba2 dia ckit2 pun nak terasa. dan anda plak malas nak layan karenah.. ah boleh x keruan jadinya hubungan anda berdua.
  7. Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.

Bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?
  1. Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah.
  2. Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal.
  3. Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. Bersabar sentiasa.
  4. Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua.
  5. Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik.
  6. Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda.
  7. Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan.
Akhir kata, dugaan bertunang akan dirasai, cuma berbeza kecil atau besarnya dugaan tersebut. Kita harus pandai2 mengawal keadaan. Sebelah kaki da melangkah, tinggal sebelah lagi untuk memasuki alam perkahwinan. Maka, pertahankan dan bersabarlah atas dugaan yang diberikan.

10 Tips Percintaan Jarak Jauh

hello.. ada sapa2 disana yang tengah bercinta jarak jauh? Mungkin ramai jugakan yang mempunyai cinta jenis jarak jauh ni.. mungkin berjauhan sebab si dia masuk U atau Kolej yang berada di tempat lain, luar negeri atau negara, atau si dia bekerja ataupun si dia dan anda memang berada di tempat berjauhan contoh bercinta melalui ruang siber atau SMS.. Semasa berjauhan anda pasti merindu si dia, atau anda pasti curiga mengenai si dia.. benarkah si dia jujur dan setia dengan anda.. disini saya ingin memberi sedikit tips untuk sesiapa yang bercinta jarak jauh..
  1. Anda harus sentiasa menghubungi si dia. Sekali sekala call si dia, dan selalu bermesej dengan dirinya.. sekiranya anda sibuk atau tak suka mesej selalu, jujur padanya.. beritahu yang anda sibuk atau penat. sebolehnya call si dia, supaya tak mesej pun xpa yang penting dpt dgr suara. dan mesej itu penting.. hanya itu penghubung yang mudah bagi anda berdua
  2. Jika anda mempunyai kelebihan budjet, anda bolehlah menggunakan 3G. Dengan 3G anda boleh menatap wajah si dia ataupun buat spot cek dimana dia berada. bila si dia kata dia kuar dengan teman2, anda boleh 3G si dia, dan melihat dimana dan dengan siapa dia berada. tak boleh lah kan nak menipu..kecuali tempat tu tiada line 3G hehe
  3. Tunjukkan anda menyayangi si dia dan akan ada untuk si dia, setiap kali si dia call anda atau mesej anda, anda sentiasa dapat menjawab tanpa sebarang masalah kecuali anda x perasan atau sibuk. tapi jika seharian panggilan x dijawab, mesej tak berbalas mesti ada sesuatukan?
  4. Apabila hari2 penting hadir seperti hari jadi si dia, hantarkanlah hadiah buat si dia. dan sentiasa ingat akan hari yang penting dalam hidup si dia. berikan hadiah yang istimewa buat si dia tak perlu yang mahal tetapi sesuatu yang ikhlas dari anda.
  5. Jika si dia sakit, korbankan sedikit masa buat si dia. Jika si dia sakit, janganlah anda pergi bersuka2 seperti keluar bersama2 teman2. sebolehnya temanilah si dia, dengan call bertanya khabar. ini menunjukkan biarpun anda berjauhan tetapi anda sentiasa dekat dengannya apalagi dalam keadaan si dia seperti itu.
  6. Anda dan si dia harus sentiasa berkomunikasi, supaya salah faham tidak terjadi. Jika anda syak akan dirinya, berbincang secara jujur jgn main tuduh melulu. Berfikir secara rasional dan pastikan anda tidak mengikut kata hati anda. Sesungguhnya untuk memusnahkan sesuatu perhubungan adalah mudah seperti menarik picu bom tangan..
  7. Mengenali semua teman2 si dia, sapa yang rapat dengan si dia, dengan siapa dia keluar. bukan nak mengawal, tapi hanya mengambil tahu. Lebih baik mencegah dari merawatkan? cemburu tanda sayang tapi bila berlebihan menjadi racun plak..
  8. Anda juga harus melakukan apa yang anda ingin pasangan anda lakukan seperti sentiasa berhubung, tak cemburu buta, sentiasa ambil berat diri si dia dan tidak bermain kayu 3. Jika anda melakukan begitu, pasti pasangan anda juga turut melakukan sedemikian.
  9. Anda dan si dia harus sentiasa bertolenrasi, give and take dalam apa jua perkara.
  10. Dan semestinya anda harus sentiasa berdoa agar hubungan anda akan bahagia selalu dan semakin erat walaupun jarak beribu batu. seperti bait2 lagu dato' siti nurhaliza sutramaya
    Jarak antara kita umpama pengukur pencintaan..
semua tips tu, arap dapat memperkukuhkan hubungan anda dan si dia. jangan biarkan jarak menjadi punca perpisahan anda.

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru buat semua guru2 ku. :)




Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru pada guru-guru semasa saya di tadika,sekolah rendah, menengah n sape2 yang bergelar guru,.. Sampai mati pon saya akan tetap berguru.. Ilmu takkan pernah habis untuk ditimba.. =)

longkang semat boh!













ok tak?

Daisypath Happy Birthday tickers